"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG DUNGUN, DUNGUN, TERENGGANU>.".

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber & Pembimbing Rakan Sebaya 2016

Tarikh  : 3 & 4 Mac 2016
Tempat : SK Seberang Dungun & Pantai Teluk Bidara


















































Pada 3 dan 4 Mac 2016 yang lepas, Kem Kepimpinan Semua Pengawas SKSD telah dijalankan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang aktiviti ini berlangsung antaranya ialah 'Ice Breaking', Tarian Penguin, Ceramah Kepimpinan, Burung Hantu, Puzzle dan Mencari telor penyu serta harta karun. 

Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.


Objektif

Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan semua pengawas dapat:

1       Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
2       Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
3       Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
4       Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
5       meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
6       Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
7       Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
8       Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.