"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG DUNGUN, DUNGUN, TERENGGANU>.".

PROGRAM TERAPI AIR & RENANG PPKI 2016

Tarikh  : 25 Febuari 2016
Masa    : 8.30 pg - 12.30 tgh
Tempat : Resort World Kijal

















Program terapi air merupakan suatu medium dalam rehabilitasi. Melibatkan kepelbagaian aktiviti senaman dan aktiviti riadah di dalam air. Terapi air dapat membantu mengawal aliran darah, mengurangkan rasa sakit dan kekejangan otot, menguatkan otot, meningkatkan julat pergerakan sendi, dan membantu mengekalkan keseimbangn tubuh badan, ianya sesuai untuk klien seperti Stroke, Cerebral Palsy, Down syndrome, ADHD dan lain-lain. 

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek.

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKI ini.