"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG DUNGUN, DUNGUN, TERENGGANU>.".

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah



IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Sk Seberang Dungun telah menyambut perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 16 Mei yang lalu. Acara tersebut dimulai dengan pesanan amanat oleh Pengarah Pelajaran Terengganu yang disampaikan oleh Guru Besar Sk Seberang Dungun iaitu Pn Hjh Che Robiah Abdullah.

Antara acara yang berlangsung bagi menjayakan sambutan Hari Guru tersebut ialah Pertandingan Sukaneka antara guru dan juga pelajar, persembahan pelajar Pra Sekolah dan juga pelajar tahun Tiga dan Enam.

Terima Kasih juga diucapkan kepada YDP PIBG iaitu, En Mohad Nor Abd Rani yang sudi menyumbang kek bagi warga pendidik Sk Seberang Dungun.Terima Kasih Cikgu.