"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG DUNGUN, DUNGUN, TERENGGANU>.".

Jasa Disemai Bakti Dituai Sempena Persaraan Pn Mariyah Mohamad




Pada tanggal 23 Mei 2013 yang lalu, telah berlangsungnya majlis persaraan Pn Mariyah Mohamad. Ianya diadakan di Dewan Terbuka Seri Bayu Gemilang Sk Seberang Dungun. Turut menjayakan majlis tersebut adalah YDP PIBG En Mohd Nor Abd Rani.

Pada jam 10.00 pagi majlis berlangsung dengan jayakan bagi meraikan persaraan Pn Mariyah Mohamad bersama para pelajar SK Seberang Dungun. Manakala pada sebelah petang pula, majlis tersebut diraikan di Dewan Baiduri, Hotel Uitm Dungun yang turut dihadiri oleh Pegawai PPD Dungun.


Kami warga SK Seberang Dungun mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Pn Mariyah Mohamad yang amat kami sayangi. Berat rasanya untuk melepaskan cikgu bersara tapi apakan daya. Cikgu adalah guru yang terbaik dan terhebat buat kami. Kenangan bersama cikgu akan dikenang hingga ke akhir hayat. Jasamu tetap dikenang.