"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG DUNGUN, DUNGUN, TERENGGANU>.".

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU



En Rashid Bin Mohd diiringi oleh pegawai PPd Dungun dan juga GPK Pentadbiran Iaitu En Yusoh Bin Mamat

Amanat Pertama yang disampaikan oleh En Rashid Bin Mohd sebagai Guru Besar baru di SKSD

tanggal 18 SEPTEMBER 2013 SKSD telah menerima kehadiran Guru Besar yang Baru iaitu En Rashid Bin Mohd. Kami warga SKSD mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Guru Besar baru yang menggantikan Guru Besar yang lama iaitu Pn Hjh Che Robiah Abdullah yang telah bertukar ke Sk Balai Besar, Dungun. Semoga kehadiran Guru Besar baru ini akan dapat memberi semangat kepada semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah ini. Semoga SKSD terus cemerlang dari segala aspek, insyaAllah..
SELAMAT DATANG & SELAMAT BERKHIDMAT